Rabu, 6 Mei 2009

Tahniah...Tahniah.....


Tanggal 30 April 2009 jam 6.00 ptg aku menjalankan rutin harian aku seperti biasa. balik saja dari sekolah aku terusamik anak aku aufa kat umah pengasuhnya..petang tu tiba-tibaja rasa bosan dok kat umah lalu akupun terus bawa aufa jalan2 kat taman bwh umah aku. tengah seronok dok tengok budak2 main , aku terpandang satu kereta wira no plat WJV2721 berhenti tepi taman. rupa2nya suamiku dah pulang dari tempat kerjanya sambil melambai2 panggil aku naik keta sambil tersenyum lebar. akupun apa lagi terusla masuk dalam keta. masukja dalam keta tengok muka abg haritu berserilain macamja. belum sempat aku tanya abg terus cakap yang dia ada berita yang menggembirakan. aku dengan rasa tak sabar terusla tanya apa berita yang membuatkan abg aku tersenyum dari jauh lagi. abg mintak aku cuba teka. puas jugak aku nak menekanya last2 abgpun keluarkan satu surat dari fail dia dan bg pd aku. nak tautak apa yang tertulis dalam surat yang aku bca tu???? jeng.....jeng.....:) TAHNIAH TUAN TELAH DIPILIH SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG KERAJAAN, BIRO BANTUAN GUAMAN, BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG JABATAN PERDANA MENTERI....abg betul2 tak sangka sebab dia tak pernah terpikir untuk dapat anugerah seperti ini yang penting tanggungjwb dlm tugasnya. lagipun abg baruja dapat lantikan tetap dalam kerjanya....TAHNIAH ABANG......apa2pun kami sekeluarga bersyukur diatas kejayaannya....mgkin nilah hadiah hari lahir yang bermakna buatnya......
apa yang aku tulis ni semata-mata nak update blog yang dah semakin beqabuk ni je....bukan apa, sebelum ni dok cbuk ngan tesis yang tak siap-siap. serabut betoi kepala ni dengan keja yang semakin betimbun. klulah dapat buang skit kan ke lega qasanya...oklah tuja yang dpt aku tulis..byeeeeeeee
Hasil nukilan Najidah Salleh.

Sabtu, 18 April 2009

tek-teki

Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
Hampeh.

Sabtu, 11 April 2009

Panggilan Allah S.W.T 24 jam

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengarkan jawapan ini:"Terima kasih kerana Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.

Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.

Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.


Atau....Bagaimana jika Anda menerima jawapan daripada Malaikat memohon maaf seperti ini:"Harap maaf, saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab sebentar lagi mengikut giliran." Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,sila:-

Tekan 1. Dengan malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah sambil Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sampai Anda tiba di sini!


"Atau mungkin juga Anda mendengar ini:"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon sekali pada hari ini. Sila cuba lagi esok." atau..."Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.


" Alhamdulillah... Allah Subhanahu Wata'ala mengasihi kita hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat, setiap waktu! Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa sahaja dan Dia sentiasa mendengarkan anda. Kerana bila memanggil Allah, anda tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya'


Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya'

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir


Maklumat terperinci untuk membuat panggilan ada terdapat di dalam Buku berjudul "Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul" Talian terus, tanpa perlu melalui Operator atau Perantara, dan yang lebih penting, tiada dikenakan apa-apa bayaran... Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian 'hunting' yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun! Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut"

Selasa, 7 April 2009

GEGARAN PADA OTAK BAYI

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat. Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.“Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.“Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.“Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.“Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak,” katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.“Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar,” jelasnya.
Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan. Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.“Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh,” katanya. Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.“Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi,” katanya.
p/s: hati-hati terutama kepada ibu yang baru mempunyai baby.......

alya n aufa




Isnin, 6 April 2009

Membentuk kepimpinan anak sulong


Memandangkan penulis telah ada cahayamata , so penulis rasakan perlu ada sedikit ilmu tentang cara untuk membentuk kepimpinan anak sulung......... cari punya cari .. punya cari.. jumpalah satu artikel yang penulis inginkan dan penulis rasa wajar untuk dikongsikan kepada semua pembaca dan yang bakal menimang cahayamata .. juga mereka yang dah ada 2-3 dan byk lg.......

Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.

Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takat dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini. Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.

1. Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suami memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.

2. Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contoh dalam ibadah, akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan mithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.

3. Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optimis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.
4. Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan “amukan” ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam mindanya. Oleh itu, wibawa dan keterampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.

5. Akhir sekali, ibu dan ayah janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.
Wassalam

syg umi n abi


hari yang amat menggembirakan setelah dapat beraya di kampung halaman bersama anak dan suami tercinta.